Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sewajarnya setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan perlu membiasakan diri dengan kritikan dan mencerminkan diri dari semasa ke semasa.

Katanya, perkara tersebut kerana Pakatan Harapan kini adalah kerajaan dan sekiranya tersalah langkah, akan memberi kesan kepada rakyat.

“Masih ramai yang lali dengan pandangan ‘kita perlu beri sepenuh ruang kepada kerajaan, mereka masih baharu. Jangan ditegur lagi’.

“Jika tidak ditegur dari awal, lama-lama kerajaan naik lemak. Perlu dididik dikritik dalam dan luar dari mula,” katanya di laman Twitter miliknya hari ni. - UTUSAN ONLINE