Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari berkata, ini kerana projek berkenaan sangat menarik kerana mempunyai pelbagai fungsi.

Menurut Zairil, beliau telah melawat Thailand baru-baru ini dan telah diberi taklimat berkenaan penggunaan tangki takungan air bawah tanah yang dipanggil 'kaem ling'.

“Perkataan itu membawa masuk pipi monyet dan analoginya ialah, apabila seekor monyet sedang makan pisang, spesies berkenaan akan terus memenuhkan mulutnya dengan buah itu dan kemudian mengunyah secara perlahan-lahan bagi mengelakan dirampas monyet lain," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Zairil (DAP-Tanjung Bunga) berkata, ia bertepatan dengan teknologi yang mahu dilaksanakan iaitu apabila hujan, tangki yang dibina akan 'disumbat' sebanyak mungkin air sebelum dilepaskan secara perlahan-lahan melalui pam ke sungai.

“Konsep ini telah dilaksanakan di beberapa buah negara cuma saya mendapati kos untuk membina tangki bawah tanah adalah tinggi iaitu melebihi RM300 juta," katanya. - UTUSAN ONLINE