Setiausaha Kerajaan negeri, Dr. Razali Ab Malik berkata, antara yang diberi fokus adalah menangani kos sara hidup rakyat dan tidak menaikkan cukai pintu dan tanah yang telah dilaksanakan serta-merta.

“Seperti yang diumumkan Menteri Besar, Aminuddin Harun sebelum ini, kerajaan negeri juga menjanjikan pelaksanaan tambang bas RM50 sebulan kepada keluarga kanak-kanak berpendapatan rendah dan ia akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kibar Jalur Gemilang Peringkat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah APM negeri, Leftenan Kolenal Fazlisyah Muslim.

Mengulas lanjut, Razali berkata, manifesto akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat terutama yang melibatkan kos besar. - UTUSAN ONLINE