DATUK KAMARUDIN JAFFAR
DATUK KAMARUDIN JAFFAR 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, perbincangan sedang dilakukan dengan syarikat terbabit mengenai isu berbangkit akibat peluputan perjanjian dan pampasan yang dikemukakan.
Kata beliau, sebelum ini perbincangan antara Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara dan LTAT telah diadakan sebanyak tiga kali.
“Setakat ini, kerajaan masih dalam proses meneliti jumlah pampasan yang dituntut oleh pihak syarikat.
“Pada 26 Oktober lalu, semua pihak bersetuju supaya tuntutan akhir LTAT dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti secara terperinci dengan melihat segala elemen kos yang dikemukakan,” katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd. Ramli (Pas-Dungun) meminta menyatakan jumlah pampasan yang dibayar kepada syarikat pengendali AES setelah diambil alih oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan hanya akan membayar amaun RM555 juta kepada LTAT bagi kos pengambilalihan dua syarikat bagi AES.
Beliau menegaskan, segala tindakan kerajaan melibatkan pengambil alih AES adalah tidak tertakluk dengan apa yang pernah dijanjikan kerajaan sebelum ini. – UTUSAN ONLINE