Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Keputusan Pusat tiada sentimen politik

ZAINAL ABIDIN OSMAN (belakang, lima dari kanan) bersama penerima
ZAINAL ABIDIN OSMAN (belakang, lima dari kanan) bersama penerima anugerah cemerlang dalam majlis penutup Karnival Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (Penbex) di Kubang Menerong, Tasek Gelugor, kelmarin. Utusan/AZMAN ASMAYATIM

TASEK GELUGOR 31 Ogos – Keputusan Kerajaan Pusat tidak meluluskan projek tebus guna tanah seluas 1,800 hektar bagi membentuk tiga pulau buatan di selatan perairan negeri ini bukan dibuat atas sentimen politik bagi menghukum kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu mengambil kira keluhan dan masa depan 1,500 nelayan yang terjejas serta kemusnahan hidupan marin yang bakal berlaku sekiranya projek itu diteruskan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang juga seharusnya menunggu hasil kajian daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum projek yang dirancang itu diteruskan.

“Sebarang keputusan yang dibuat Kerajaan Pusat tidak sesekali berlandaskan politik sebab sepanjang sembilan tahun sejak 2008, hampir RM20 bilion telah dibelanjakan untuk pelbagai projek pembangunan di Pulau Pinang.

“Jadi kalau kata sebab satu projek yang tak diluluskan itu atas sebab politik, kenapa projek-projek lain seperti pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, penambahan blok Hospital Seberang Jaya, jajaran jalan raya dan banyak lagi masih diteruskan,” katanya selepas maj­lis penutup Karnival Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (Penbex) di Kubang Menerong, di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow yang menggesa Kerajaan Pusat untuk bersikap adil dan menggunakan penanda aras yang sama dalam menilai semua projek penambakan di negara ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain