RINA MOHD. HARUN
RINA MOHD. HARUN 

Menterinya, Rina Mohd. Harun berkata, sebarang bentuk pembangunan di Kampung Baru perlu mengekalkan tradisi dan warisan di kawasan itu dalam memastikan keaslian dan ciri kemelayuannya tidak terjejas.

“Ada yang mahu Kampung Baru dibangunkan dan ada juga yang mahu ciri-ciri tradisinya dikekalkan supaya boleh menjadi tempat tarikan pelancong dan bagi saya pula, ciri-cirinya perlu dikekalkan tetapi dengan keadaan yang lebih bersih, menarik dan tersusun tanpa menjejaskan penduduk.

“Selama ini banyak kita lihat seminar dan perjumpaan bagi membincangkan perkara ini, jadi untuk kali ini kita ingin membuat keputusan dalam kongres yang akan diadakan selewat-lewatnya hujung tahunini. Kongres ini juga akan disertai Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dan wakil Kementerian Wilayah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penduduk Kampung Sungai Baru di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE