Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, waktu keputusan mungkin diumumkan sama seperti ketika di PRK Cameron Highlands dan Semenyih iaitu kira-kira pukul 9 malam.

“Seperti biasa kita sasar pada atau sebelum pukul 10 malam tapi insya-Allah, mungkin sedikit awal se­perti di PRK Cameron Highlands dan Semenyih,” kata­nya selepas melakukan semakan isi peti undi dan agihan peralatan tempat mengundi kepada ketua tempat mengun­di di Dewan

AZHAR AZIZAN HARUN
AZHAR AZIZAN HARUN 

Serbaguna, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Sementara itu, Azhar berkata, sepanjang dua minggu kempen PRK Rantau, Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya SPR melaksanakan undang-undang kesalahan pilihan raya sebanyak 16 kali iaitu ma­sing-masing lapan kepada kedua-dua parti bertanding.

“Jadi sama rata, bukan terhadap par­ti A sahaja atau parti B sahaja, lapan parti A dan lapan parti B, semua sekali 16 kali, itu sebagai fakta. Kesalahan tersebut antaranya kem­pen tanpa permit, (pemasangan) kain rentang dan bun­ting tanpa mengikut peraturan dan parti yang tidak bertanding.

“Proses kempen berjalan dengan lancar, tiada insiden serius tetapi seperti biasa terdapat tuduhan perlanggaran kesalahan pilihan raya sepanjang kempen oleh kedua-dua parti bertanding, selain itu kempen berjalan aman dan lancar,” katanya.

Dalam pada itu juga, menerusi satu kenyataan, Azhar berkata, sebanyak 515 petugas terlibat dalam proses pengundian esok.

“Sebanyak 14 pusat mengundi dan 53 saluran dibuka esok untuk tujuan pengundian. Seramai 20,793 pengundi mengundi di PRK Rantau pada hari esok. SPR berharap semua pengundi dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi,” katanya.