Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat mendahului senarai undi tertinggi dengan memperoleh 1,199 undi sekali gus mengekalkan kedudukannya dalam barisan kepemimpinan parti pembangkang itu.

Turut kekal terpilih ialah anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng serta anak mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo apabila masing-masing memperoleh 1,180 dan 1198 undi.

Bagaimanapun, jumlah undi yang diperolehi mereka didapati berkurangan berbanding ketika keputusan pemilihan semula CEC 2013 yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Perndaftaran Pertubuhan (ROS) sebelum ini.

Sementara itu, muka baharu yang terpilih dalam jawatankuasa itu ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liew dengan memperoleh undi 688 dan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar yang mendapat 586 undi.

Keputusan pemilihan semula CEC DAP 2017 itu diumumkan kira-kira pukul 5 petang ini oleh wakil firma audit antarabangsa, Grant Thornton.

Berikut keputusan penuh pemilihan CEC DAP 2017 :

1. Lim Kit Siang – 1,199 (1,436)

2. Gobind Singh Deo – 1,198 (1,409)

3. Lim Guan Eng – 1,180 (1,304)

4. Loke Siew Fook - 1,175 (ANTHONY) – (1,263)

5. Liew Chin Tong – 1,123 (1,438)

6. Teo Nie Ching - 1,080 (1,081)

7. Chong Chieng Jen – 1,057 (1,294)

8. Teresa Kok Suh Sim – 1,033 (1,127)

9. Tan Kok Wai – 1,021 (1,088)

10. Tony Pua Kiam Wee – 1,020 (1,158)

11. Nga Kor Ming - 967 (956)

12. Fong Kui Lun – 949 (1,193)

13. Chow Kon Yeow – 900 (1,203)

14. M Kula Segaran – 826 (1,088)

15. Chong Eng – 734 (1,111)

16. Teng Chang Khim – 702 (1,164)

17. Ronnie Liu Tian Khiew - 688

18. Ngeh Koo Ham - 659 (809)

19. Zairil Khir Johari – 649 (1,132)

20. VN Sivakumar - 586