Jawatan Ketua Puteri disandang oleh Nurul Hazwani Haslan yang dahulunya merupakan Penolong Setiausaha bagi sayap berkenaan.

Siti Hajar Mohamad Hanafiah pula mengekalkan jawatan Naib Ketua Puteri tanpa dicabar sesiapa dalam pemilihan kali ini.

Pengerusi Tetap dan Timbalannya pula masing-masing menjadi milik Zairatul Shina Hashim dan Siti Khadijah Mohamad Hanafiah yang juga menang tanpa bertanding.

Mesyuarat dan pemilihan berlangsung di Kompleks Tun Abdul Ghafar Baba, Seputeh di sini, hari ini.

Yang turut berlangsung di lokasi sama adalah Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO bahagian terbabit. - UTUSAN ONLINE