ANNUAR MUSA

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tidak seperti isu 1MDB yang diperjelaskan secara spesifik kepada Kabinet, skandal urus niaga mata wang asing sebaliknya ‘di­senyapkan’ sehingga me­­nampakkan seolah-olah wujud tindakan untuk memberi gambaran tidak tepat berhubung isu itu.

“Sebagai anggota Kabinet pada waktu itu, saya sendiri tidak pernah tahu mengenai perkara itu kerana tidak pernah dibincangkan langsung. Tak­ ada pendedahan atau penjelasan me­ngenainya kepada Kabinet.

“Waktu itu pula tak ada media baharu maka perkara sebesar itu tidak menjadi perdebatan umum. Disebabkan itu, apabila RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dibe­ritahu yang kerugian ditanggung melebihi RM30 bilion atau suku daripada pendapatan negara pada ketika itu baru-baru ini, maka ramai antara kami (anggota Kabinet pada waktu itu) terkejut,” katanya dalam sidang akhbar sebelum me­ngadakan program santai bersama Jentera Penerangan UMNO Langkawi di Wisma UMNO di sini hari ini.