Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, memandangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu pernah memimpin UMNO sebelum ini, jadi beliau tahu selok-belok bagaimana mahu mengekploitasi keadaan.

"Jadi tiap-tiap hari akan ada kenyataan (dari Mahathir) yang tidak masuk akal .. orang (Anwar) yang dia (Mahathir) suruh tangkap dahulu, orang (Anwar) yang dia (Mahathir) kata tidak bermoral, orang (Anwar) yang dipinggirkan daripada parti...saya selaku Ketua Pemuda ketika itu merasainya pada ketika itu.

"Sekarang sudah berubah pulak pendiriannya. Saya percaya itu sebahagian daripada strategi beliau nak mencuba mengekploitasi dan hendak menimbulkan kekeliruan dan kemarahan ahli-ahli kita apabila kita bersidang di bahagian-bahagian tetapi setakat hari ini, saya lihat (taktik) tidak berjaya," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kulai di Dewan Raya Bandar Putra di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE