TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Ham­zah berkata, akibatnya pelbagai agensi termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menanggung kerugian yang akhirnya turut menjejaskan rakyat.

“Ini adalah propaganda politik semata-mata, tidak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat,” katanya se­perti yang dipetik menerusi Malay Mail Online dalam temubual dengan Astro Awani semalam.

Pelaburan yang dilakukan KWSP menerusi 10 syarikat tersenarai awam (PLC) mencatatkan kerugian sebanyak RM6.09 bilion setelah jatuh kepada 12 peratus dalam tempoh sebulan selepas Pilihan­ Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut laporan The Edge, nilai pelaburan menurun secara mendadak daripada RM51.21 bilion kepada RM45.12 bilion dalam tempoh sebulan.

Beliau yang juga calon Presiden UMNO berkata, kerajaan harus mengamal sikap terus-terang me­ngenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk membersih­kan skandal kewangan dan hutang negara.

“Sebagai contoh, jika Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencadangkan langkah-langkah diambil untuk mengukur hutang kita, ia perlu dilakukan sedemikian. Ia tidak boleh dilakukan me­ngikut kehendak dan keinginan kita sendiri,” katanya.

Dalam pada itu Te­ngku Razaleigh ber­kata, beliau tidak akan me­ngenakan de­finisi mengenai jumlah hutang sebenar negara jika menjadi Menteri Kewangan.

Beliau yang pernah menja­di Menteri Kewangan berkata, Guan Eng telah melonggokkan segala-galanya supaya jumlah hutang negara yang ditanggung kerajaan sekarang ini berjumlah lebih RM1 trilion.

“Saya fikir ia bergantung kepada cara anda melakukannya, tetapi tidak perlu dilakukan se­perti itu (mendedahkan jumlah hutang),” katanya.