Shamsul Anuar Nasarah

Itu kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang menyifatkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Chew Chong Sin cuba mengaitkan pembunuhan lebih 40 umat Islam di New Zealand kepada implikasi yang boleh berlaku di negara ini.

Menurut Shamsul, kenyataan Chong Sin itu bersifat hasutan dan keterlaluan.

Tambahnya, tidak ada seorang pun rakyat bukan Islam menderita sejak negara merdeka di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) atau di negeri yang ditadbir Pas.

Katanya, kerjasama UMNO PAS tidak sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain.

“Kenyataan itu jelas menunjukkan watak sebenar DAP yang sering memainkan sentimen rasis dan agama, walaupun banyak kali kepemimpinan mereka cuba menafikannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Song Sin mendakwa insiden tembakan di Christchurch menjadi pengajaran kepada Malaysia perlunya mengekang gejala ekstremisme.

Chong Sin turut bimbang kerjasama UMNO dan Pas mampu menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama.

Bagaimanapun kenyataan itu ditarik balik.

Shamsul menambah, adalah sangat tidak waras untuk mengaitkan kerjasama UMNO dan Pas kepada pembunuhan umat Islam di New Zealand kerana budaya, iklim politik dan cara hidup di sana adalah tidak sama dengan masyarakat di negara ini.

“Adalah sangat jelas kejadian di New Zealand itu adalah kes jenayah yang tiada kena mengena dengan mana mana parti politik di dunia tetapi malangnya Chew cuba menjadikannya elemen bagi meniupkan api pergaduhan kaum di negara ini,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE