Ketua Pemuda PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ini kerana Dzulkefly adalah sealiran dengan perjuangan parti selain merupakan individu yang baik.

Katanya yang juga Menteri Belia dan Sukan, aspirasi Muhammad Aiman Zainali bagaimanapun mungkin akan dirancang pada masa akan datang iaitu khususnya dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Dr. Dzulkefly itu seperti seorang bapa. Dia bersama dengan kita dan seperti satu keluarga. Saya baca kenyataan beliau. Tiada (hospital) dalam perancangan sekarang.

“Seperti di Muar juga. Banyak perkara yang saya lakukan sebelum pilihan raya seperti hab anak muda, tiada dalam perancangan. Rumah mampu milik, tiada dalam perancangan. Tetapi sekarang, bila sudah dalam kerajaan, kita (kerajaan) rancangkan. Khususnya mungkin pada RMK yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jentera Pemuda PH di Semenyih Parklands di sini malam tadi.

Kelmarin, Menteri Kesihatan menjelaskan pihaknya belum melihat sebarang keperluan bagi pembinaan hospital di Semenyih, Selangor dan tiada sebarang perbincangan dilakukan untuk menyediakan kemudahan hospital di kawasan berkenaan. -UTUSAN ONLINE