STEVIE CHAN KENG LEONG
STEVIE CHAN KENG LEONG 

Keng Leong yang berasal dari Melaka dan kini tinggal di Segambut, Kuala Lumpur berkata, beliau mahu berkhidmat secara sepenuh masa kepada rakyat sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen Port Dickson. 

"Saya tiada cita-cita lain selain daripada berkhidmat kepada semua penduduk Port Dickson. Saya akan kekal sebagai (wakil rakyat) yang benar-benar bebas mewakili bukan saja suara Port Dickson, tetapi seluruh Malaysia.

"Saya boleh membangkitkan isu, mengkritik dan menyokong kerajaan secara bebas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE