Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penggunaan saluran yang betul membolehkan pandangan mereka diangkat untuk perhatian pihak-pihak berkaitan bagi mempercepatkan penyelesaian masalah yang dihadapi dengan lebih berkesan.

“Kita mesti berfikiran kritikal dan memberi tumpuan kepada pelajaran tetapi pada masa sama jangan lupa tanggungjawab sebagai anggota masyarakat dengan meyalurkan pandangan menerusi saluran yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Milenia di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang, di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Dak­wah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad; Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin.

Program Jelajah Milinea anjuran Aspirasi dengan kerjasama beberapa kementerian dan agensi kerajaan itu antara lain bertujuan meningkatkan kefahaman generasi milenia dan melengkapkan mereka dengan perkembangan terkini berkaitan dasar serta pelan rancangan pembangunan negara.

Ia adalah program inisiatif khas yang digerakkan di peringkat nasional untuk generasi pewaris negara berusia antara 10 tahun hingga 30 tahun berkonsepkan ‘Malaysia Alaf Baharu’ yang lebih maju dan progresif. - UTUSAN ONLINE