Sewaktu pelancaran kempen Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan oleh Bersih di Auditorium Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini, entiti propembangkang itu mula diasak oleh penyokong mereka sendiri mengenai keperluan untuk keluar mengundi pada PRU-14 kelak.

Bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga sewaktu menjadi panel sesi forum dalam majlis tersebut dilihat menghadapi kesukaran meyakinkan segelintir hadirin supaya tetap keluar mengundi.

“Untuk mengubah kerajaan serta sistem sedia ada, rakyat perlu keluar mengundi. Keluar dan lindungi undi kamu semua. Setiap keputusan anda boleh mempengaruhi keputusan pada PRU-14 akan datang,” katanya.

Turut menjadi panel dalam sesi forum tersebut ialah anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir. - UTUSAN ONLINE