Malam ini ketika berkempen di Lukut Anwar berganding bahu dengan ahli politik veteran Lim Kit Siang.

Selain itu Nga Kor Ming dan Gobin Singh Deo turut sama berkempen di Lukut yang majoriti adalah pengundi Cina.

Melihat kepada kehadiran orang ramai, Anwar tidak ada masalah untuk mendapat sokongan kaum Cina yang menganggap beliau sebagai "sahabat".

Tempoh berkempen berbaki kira-kira dua hari sebelum pengundian pada 13 Oktober ini, kempen Anwar semakin rancak, ketika pencabarnya sudah kekeringan modal serta kudrat. - UTUSAN ONLINE