MOHD. FADZIL ZULKIFLI
MOHD. FADZIL ZULKIFLI 

Ketua Pemuda UMNO Negeri, Mohd. Fadzil Zulkifli berkata, malah bukan sahaja dalam kalangan orang muda Melayu tetapi juga kaum India yang telah memberi sokongan padu.

Kata beliau, selain daripada itu, golongan muda Cina turut menunjukkan tanda-tanda kebangkitan menyokong BN.

“Kemenangan ini sekali gus membuktikan bahawa politik perkauman tidak sihat yang dimainkan Pakatan Harapan (PH) ditolak rakyat.

“Rakyat juga sudah bosan dengan alasan PH yang sering kali menyalahkn kerajaan terdahulu (BN) tanpa mengakui kelemahan pentadbiran sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam keputusan PRK Rantau yang diumumkan malam ini, BN berjaya mempertahankan kerusi tersebut selepas memperoleh sebanyak 10,397 undi.

Keputusan tersebut menyaksikan Mohamad menewaskan calon PH, Dr. S. Streram dengan majoriti 4,510 undi selepas pakar bius itu memperoleh 5,887 undi. - UTUSAN ONLINE