Pemerhati politik melihat Se­langor sebagai kubu kuat Moha­med Az­min memandangkan ker­­­ja­ya politik Men­­­teri Hal Ehwal Eko­nomi itu bermula di negeri itu.

Walaupun ra­mai yang berpen­dapat sukar untuk Rafizi mengatasi Moha­med Azmin dalam saingan pe­milihan di Selangor, dalam politik segalanya ti­dak mustahil.

Rafizi sendiri mem­­­buktikan be­liau bu­­kan seorang yang boleh dipandang mudah ekoran kemena­ngan di empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang serta majoriti besar di Wilayah Persekutuan yang membolehkan beliau mengumpul 19,161 undi berban­ding Mohamed Azmin (19,112 undi),

Jika dinilai dari segi pangkat dan kedudukan jawatan, Ra­fizi jauh ketinggalan berban­ding Mohamed Azmin, namun ter­nyata anak kelahiran Besut itu mampu menye­ngat lawannya.

Apa sebenarnya kelebihan Ra­fizi yang dikatakan seorang pe­nganggur berbanding Moha­med Azmin yang mempunyai profil tinggi dalam kerajaan Pa­katan Harapan (PH) diketuai Per­dana Menteri, Tun Dr. Ma­hathir Mohamad?

Rafizi sebenarnya mendapat sokongan ahli akar umbi yang melihat beliau sebagai pen­dukung utama kum­pulan reformis yang ber­diri teguh di be­lakang Presi­den PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Ra­­fizi juga di­li­hat se­bagai watak uta­ma yang meng­gon­cang ke­du­­dukan ke­­ra­jaan Ba­risan Nasional (BN) de­ngan pendedahan skan­dal se­­per­ti Na­tio­nal Feedlot Corporation (NFC).

Bagaimanapun, selepas tertubuh kerajaan PH, Mohamed Azmin pula dilihat lebih mesra kepada Dr. Mahathir selepas sanggup meninggalkan jawatan Menteri Besar Sela­ngor.

Biarpun di­­na­fikan oleh Ahli Parlimen Gombak itu berulang kali, na­mun pe­ni­­l­aian ah­li di­terje­mah­kan melalui undi dan kini Rafizi mendahului sa­ingan me­rebut jawatan Timbalan Pre­siden.

Apakah de­ngan perkembangan terbaharu keputusan pemilihan PKR itu, gandingan idaman para pendukung reformis iaitu Anwar-Rafizi bakal menjadi kenyataan selepas proses pemilihan ber­akhir 10 November ini?