Rizam dilantik Ketua Pembangkang Selangor
RIZAM

Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang DUN Selangor, Rizam Ismail yang berterima kasih kepada rakyat Semenyih dengan menyifatkan keputusan PRK itu mengekalkan momentum kemenangan BN sejak PRK Parlimen Cameron Highlands, baru-baru ini.

"Saya yakin dan percaya, dengan penambahan seorang lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (daripada parti pembangkang) di DUN Selangor, maka suara pembangkang akan semakin kuat didengari," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Kemenangan ini menjadikan pembangkang mempunyai enam kerusi dengan lima bagi Barisan Nasional dan PAS (satu kerusi). Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai 56 kawasan DUN.

BN menawan semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru pada pilihan raya kecil kawasan itu dengan majoriti 1,914 undi.

Zakaria, 58, meraih 19,780 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali, 30, yang memperoleh 17,866 undi; Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (847 undi) dan calon bebas yang juga seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56, (725 undi). - BERNAMA