Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Shamsiah Kamaruddin berkata, sumbangan menerusi syarikat insuran AIA itu merupakan inisiatif pihaknya yang memberikan sumbangan tersebut kepada kakitangannya tidak kira dari peringkat bawahan sehinggalah ke pihak pengurusan tertinggi.

Justeru katanya, sepanjang Abdul Manan berkhidmat sebagai Pengerusi MyIPO sejak 2010 sehinggalah beliau meninggal dunia pada 12 Februari lalu, beliau telah banyak berjasa dan warisnya layak menerima sumbangan tersebut.

“Arwah merupakan seorang pengerusi sejak 2010 dan juga seorang anggota MyIPO, jadi warisnya layak menerimanya.

“Sepanjang beliau berkhidmat di MyIPO, banyak program telah diadakan dan beliau sentiasa memberikan sokongan penuh kepada apa jua program, jadi kami tidak akan lupakan jasa beliau dan kenangan ketika berkhidmat dengannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan MyIPO Edisi April 2018 di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE