Sebaliknya, menurut Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad, ahli-ahli UMNO akan terus berdiri teguh di belakang pucuk pimpinan yang ada walaupun berlaku tindakan  lompat parti.

Katanya, keghairahan keluar parti yang berlaku pada tahun lalu, diyakini tidak akan menjadi satu fenomena kerana ahli-ahli Parlimen sedia ada akan terus kekal dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Kami tidak pasti punca mereka keluar parti, namun alasan yang sama diberikan mengenai hala tuju UMNO dan kepimpinan parti, tetapi di mana kesetiaan mereka kepada parti yang dilaungkan sebelum ini, " katanya ketika ditemui selepas mengunjungi bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Batu 36, Hamidah Ahmad di sini pagi ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan dan Ketua Pergerakan Wanita  UMNO Bahagian Tanjung Piai, Zarina Mohd. Bain. - UTUSAN ONLINE