Sebaliknya, Moha­mad Taufik yang menjadi tumpuan ke­rana berta­nyakan soalan menge­nai tragedi Memali berkata, insiden itu berlaku di­sebabkan sikap pengikut PPBM itu sendiri yang tidak berpuas hati dengan soalan yang dita­nyakan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, dia terpanggil untuk bertanyakan soalan berhubung peristiwa berdarah Memali, yang mana ketika itu, Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri bagi mendapatkan pen­jelasan daripada mulutnya sendiri mengapa tragedi tersebut dibenarkan berlaku.

“Bagaimanapun, modera­tor seakan-akan hendak meng­halang saya bertanya dan jawapan yang diberikan Dr. Mahathir juga sebenarnya langsung tidak menjawab soalan.

“Kerusi yang di­­baling juga sebe­narnya tidak menya­sarkan Dr. Mahathir tetapi dituju kepada saya. Malah, kerusi kedua juga dibaling dari arah bilik urus setia. Urus setia itu siapa kalau bukan ahli PPBM.

“Oleh itu, tidak timbul isu ahli UMNO yang membaling kerusi, sebaliknya ahli PPBM sendiri yang menyasarkan kerusi tersebut kepada saya,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.