Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, isu tersebut merupakan isu penting berkaitan keselamatan negara tidak hanya berkait rapat dengan politik semata mata yang perlu selesaikan segera.

Sehubungan itu tegasnya, semua pihak terutama pembangkang digesa tidak membuat andaian buruk dengan pelaksanaan akta tersebut.

"Masalah pembangkang semua benda dia tidak setuju. Jadi bagaimana dia nak cari jalan penyelesaian.Walhal mereka pun jadi mangsa juga," katanya ketika menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Kerajaan dan Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia-Afrika ( AALCO) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE