Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar berkata, perkara tersebut sama sekali tidak boleh dibiarkan tergugat oleh sikap rasis mana-mana pihak.


“Komitmen mempertahan nilai-nilai masyarakat yang majmuk khususnya di DUN Seri Setia tidak diketepikan dan selari pendekatan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berteraskan perpaduan dalam kepelbagaian kaum di Malaysia.


“Sejak ambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 2008, kerajaan Selangor diterajui Pakatan Harapan telah lama mengamalkan dasar toleransi, anak Melayu anak kita, anak Cina anak kita dan anak India juga anak kita,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH dekat sini, hari ini.

Menurut Halimey, memasuki hari yang kesembilan kempen PRK Seri Setia, gerak kerja penerangan parti berjalan lancar dan pelbagai kelompok rakyat daripada berbagai-bagai kaum telah ditemuinya.

“Saya juga tidak akan benarkan diri menjadi pemimpin kepada hanya satu kaum sahaja. Saya adalah pemimpin untuk semua kaum, tanpa mengira bangsa sama ada Melayu atau Cina mahupun India,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE.