Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kedudukan Exo Pas, PKR ikut suara akar umbi

SHAH ALAM 16 Mei - Desakan akar umbi PKR yang mahu Pas segera keluar dari pentadbiran Selangor menjadi perkiraan utama apabila biro politik parti itu bermesyuarat bagi membincangkan kedudukan tiga Exco Pas malam ini.

Xavier Jayakumar
Xavier Jayakumar

Naib Presidennya, Dr. Xavier Jayakumar berkata, pertimbangan tersebut akan dijadikan asas selain turut mengambil kira pandangan serta suara rakan komponen PKR dalam Pakatan Harapan, yang juga mahu tindakan diambil ke atas Pas.


Bagaimanapun katanya, keputusan mengenai perkara itu hanya akan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana urusan pentadbiran negeri adalah kuasa mutlak beliau, tetapi ia perlu dilihat selari dengan parti.


“Kita akan mengambil kira semua pandangan akar umbi (PKR) dan rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan mengenai isu tiga Exco Pas dalam kerajaan negeri, selepas parti itu mengambil pendirian memutuskan hubungan.. 


“Sekarang Pas yang memutuskan hubungan dengan PKR. Maka tumpuan kita selepas ini adalah mengukuhkan Pakatan Harapan dan seterusnya memastikan kestabilan kerajaan Selangor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Kenyataan Xavier itu seolah-olah mengesahkan lagi khabar angin bahawa PKR akan memecat tiga Exco Pas dalam mesyuaratnya malam ini, selepas desas-desus mengenainya telah berlegar sejak minggu lalu.


Dalam pada itu, Xavier yang juga Ahli Dewan Undangan Seri Andalas turut membidas pihak yang cuba mengaitkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu kedudukan Exco Pas. 


“Saya ingat mana-mana pihak agar tidak mengheret Sultan Selangor dalam kancah politik. Pas yang mencatur keputusan politiknya sendiri di Selangor, kenapa pula sekarang ini nak mengaitkannya dengan tuanku” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain