Ahmad Samsuri mengulangi pendirian bahawa kerajaan Pas yang baharu mengambil alih pemerintahan negeri tidak bersikap tergesa-gesa dalam soal itu malah akan melakukan secara cermat bersesuaian dengan keperluan dan tuntutan keadaan.

Katanya, terdapat pelbagai kategori pekerja yang terlibat dalam penstrukturan semula sama ada dipindahkan ke perkhidmatan lain atau tamat kontrak atau meletak jawatan.

“Itu kenyataan umum, tentulah apabila ambil alih pentadbiran lama kepada baharu akan ada kategori pekerja terlibat dalam penstrukturan, jadi untuk kita pukul rata kesemua 900 kakitangan itu akan diberhentikan itu adalah tidak betul.

“Ada macam-macam kategori termasuk dipindahkan ke perkhidmatan lain, kontrak habis dan letak jawatan,” katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, buat masa ini kerajaan negeri masih lagi meneliti jumlah kakitangan yang bakal terlibat dalam penstrukturan semula itu malah penamatan kontrak pada bulan Ramadan. - UTUSAN ONLINE