Ini kerana, menurutnya, keahlian Guan Eng dalam Persatuan Akauntan Australia (ASA) adalah bersifat sementara bagi menyertai modul dan peperiksaan untuk memenuhi syarat sebelum menjadi seorang akauntan.

"Saya memandang serius kenyataan Tony Pua yang mengatakan Guan Eng berhak untuk menyaman mana-mana pihak yang mempersoalkan kelayakan akademiknya. 

"Walau bagaimanapun, ia membuktikan dengan jelas bahawa keahlian beliau hanyalah sementara dan ini hanyalah langkah awal untuk menyertai modul dan peperiksaan bagi memenuhi syarat untuk menjadi seorang akauntan seterusnya mendapatkan keahlian penuh dalam Persatuan Akauntan Australia," katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Beliau mengulas berhubung tindakan Guan Eng mempertimbangkan untuk memfailkan saman fitnah terhadap Ka Siong berikutan mempersoalkan kredibiliti Menteri Kewangan itu sebagai akauntan profesional bertauliah. - UTUSAN ONLINE