Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN sebaliknya komited dalam merealisasikan keharmonian masyarakat. 

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tanggungjawab KDN juga amat menyeluruh terhadap rakyat sejak dilahirkan sehingga meninggal dunia. 

“Contohnya KDN mengeluarkan sijil kelahiran dan kematian. Ini menggambarkan  usaha-usaha KDN yang mendapat sokongan rakyat, ” katanya sewaktu berucap pada perasmian Pameran Korporat KDN di Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. 

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed. - UTUSAN ONLINE