Firma yang turut mewakili Kayveas itu juga menjelaskan, sehingga kini Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih mengiktiraf Kayveas sebagai presiden parti itu yang sah.

“Kami mempunyai bukti berdokumen daripada ROS bagi membuktikan fakta ini.

“Parti, presiden dan ahli-ahli majlis tertinggi terus beroperasi dari ibu pejabat yang terletak di Wisma MyPPP di Jalan Rotan, Kampung Attap. Semua kenyatan media rasmi dan sidang akhbar dari atau diadakan di ibu pejabat parti adalah mewakili pendirian rasmi parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, mana-mana individu ataupun kumpulan yang mengeluarkan kenyataan berkenaan parti, presiden ataupun ahli majlis tertinggi di luar ibu pejabat adalah tidak mewakili pendirian rasmi parti atau ahli-ahlinya. - UTUSAN ONLINE