Presiden MyPPP, Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz berkata, ini kerana, keputusan yang dibuatnya tidak mendapat persetujuan majlis tertinggi parti selain mendakwa Kayveas bukan lagi ahli serta presiden parti.

“Beliau (Kayveas) telah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam PRK Cameron Highlands atas tiket MyPPP, tetapi tindakannya itu tidak mendapat persetujuan daripada majlis tertinggi parti yang sah.

“Jika beliau tetap mahu menggunakan logo MyPPP, pihak kami akan mempertikaikan perkara itu dan dibawa ke peringkat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Presiden Kanan MyPPP, Datuk Loga Bala Mohan.

Kayveas pada Ahad lalu telah menyatakan hasratnya untuk bertanding pada PRK itu sekali gus menyifatkan keputusan berkenaan merupakan yang pertama selepas mereka keluar dari Barisan Nasional (BN) pada 19 Mei 2018, selepas BN kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). - UTUSAN ONLINE