Timbalan Perdana Menteri berkata, sokongan padu tersebut bukan hanya patut diberikan kepada beliau sebagai calon Parlimen Bagan Datuk tetapi juga kepada calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi.

Menurut Ahmad Zahid, perkara itu perlu bagi membolehkan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dapat dilaksanakan secara teratur dan tersusun.

"Saya mintak tolong, tolong undi sama Khairuddin. Jangan undi saya sahaja tapi tak undi Khairuddinm, kena undi dua-dua.

"Sebab saya dengar pengundi Cina sini hanya mahu kasi undi pada Parlimen, saya dapat tahu. Kasi peluang sama Khairuddin kerana dia mahu tolong saya," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran Persatuan Hai San Hutan Melintang; Koperasi Nelayan Hilir Perak Bhd.; Persatuan Keturunan Kee Malaysia dan Persatuan Nelayan Kawasan Hilir Perak, di sini hari ini.

Ahmad Zahid turut berjanji akan memastikan calon yang dipilih nanti melaksanakan bertugas dengan baik dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat kawasan Hutan Melintang dan Bagan Datuk.

Kata beliau, untuk itu sokongan tidak berbelah bahagi perlu diterjemahkan melalui undi yang akan diberikan esok kepada calon BN.

"Kalau tidak bagus kita beri dia (Khairuddin) satu penggal sahaja, kita tukar orang lain tapi kalau bagus kita akan tambah peruntukan dan sambung satu penggal lagi.

"Dulu pembangkang sini orangnya baik tapi baik sahaja tidak cukup sebab dia tak ada peruntukkan, macam mana mahu tolong rakyat sini kalau tak ada duit, jadi ini kali kena sokong dan undi BN," katanya. - UTUSAN ONLINE