Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  selain menyalurkan maklumat kepada rakyat mengenai dasar dan peracangan kerajaan Pas, juga bagi mendapatkan maklum balas masyarakat terhadap  permasalahan.

"Karnival tiga hari yang julung kali diadakan itu, dan akan berakhir esok, berkonsepkan hari bertemu pelanggan antara jabatan dan agensi kerajaan negeri dengan masyarakat dalam menyalurkan pelbagai maklumat.

"Ini termasuk dasar, polisi, produk dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dengan lebih berkesan dan efektif di samping membina jaringan hubungan kerajaan dan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan karnival itu sempena Muktamar Pas Pusat di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahya Ali; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.

Sebanyak 60 agensi kerajaan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terlibat dengan karnival itu yang mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing di samping usahawan tempatan.

Sepanjang karnival itu, selain pameran dan jualan turut turut diadakan aktiviti Sepetang Bersama Ustaz Azhar Idrus dan Kamaruzaman Abdullah di samping Santai Selebriti bersama pelakon Zul Yahya dan Pentas Otai. - UTUSAN ONLINE