Ahli Parlimen Pandan itu dalam ucapannya di pelancaran jentera PRU-14 gabungan pembangkang PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta di Bandar Baru Putra, Ipoh semalam berkata, pembangkang hanya memerlukan tambahan empat atau lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memerintah Perak.

Namun, perkiraan yang dikemukakannya agak pelik kerana pembangkang menyasarkan kemenangan dikubu-kubu kuat UMNO di negeri ini.

Antaranya ialah DUN Behrang, Pangkor, Pasir Panjang, Sungai Manik, Hulu kinta, Tualang Sekah, Chandan, Lintang dan Kamunting

Perkiraan Rafizi kononnya kerusi-kerusi tersebut boleh dimenangi kerana komposisi pengundinya adalah pengundi Melayu bawah 70 peratus dan undi Melayu akan berpecah kepada dua atau tiga parti.

Untuk menang, selebihnya pembangkang mengharapkan undi Cina kekal 80 peratus manakala undi kaum India 50-50.

Ia merupakan perkiraan yang syok sendiri kerana sasaran pembangkang adalah untuk menang di kubu-kubu kuat BN dan menang besar dalam PRU-13.

Umpamanya DUN Lintang, calon BN Datuk Zolkafly Harun menang majoriti 3,977 undi, DUN Hulu Kinta BN menang majoriti 6,118 undi, DUN Tualang Sekah BN menang 2,046 undi dan DUN Sungai Manik BN menang majoriti 1,854 undi.

Malah kajian invoke Rafizi itu turut menyasarkan kerusi DUN Pangkor yang disandang Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang menang majoriti 5,124 undi.

Agak lucu juga apabila Rafizi menganggap pembangkang sudahpun menang DUN Hulu Kinta tanpa memberikan hujah untuk menyokong dakwaan itu.

Sedangkan hakikatnya di mata kasar pun akar umbi di Hulu Kinta, rakyat awal-awal lagi menolak pembangkang.

Mungkin juga Rafizi terlupa kemenangan 28 kerusi DUN Perak oleh pembangkang dalam PRU-13 dibantu wakil rakyat Pas terutama di kawasan yang ditandingi calon PKR.

Biarlah Rafizi dengan kajian invoke yang syok sendiri yang sebenarnya lebih kepada taktik untuk mengalihkan perhatian pelbagai isu dalam pembangkang. - UTUSAN ONLINE