Beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, kajian tersebut dibuat secara rambang dan tidak menggambarkan realiti sebenar di setiap peringkat dalam negeri ini.

"Kajian itu turut mengatakan BN mungkin kehilangan Parlimen Pulai, tetapi saya tidak rasa begitu kerana PRU lalu juga ada pihak mengatakan sedemikian.

"Saya rasa kajian itu tidak lengkap, ia tidak menggambarkan ciri-ciri sebenar di setiap kawasan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Bawah 10 Tahun dan Bawah 12 Tahun di Pusat Komuniti Parlimen Pulai, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE