RIDUAN MOHD. NOR
RIDUAN MOHD. NOR

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Riduan Mohd. Nor berkata, Kelantan dipencilkan kerana Menteri Besar pada waktu itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai iltizam tinggi untuk menegakkan syiar Islam.

Katanya, rakyat Kelantan juga didera kerana menyokong Pas dan meletakkan Allahyarham sebagai pemimpin utama kerajaan negeri yang dimiliki orang Melayu.

"Kelantan menjadi kampus politik terbuka dan negeri yang menjadi tadahan wahyu dengan erti kata lain, merealisasikan suruhan al-Quran dan mencegah kemungkaran dengan bidang kuasa yang dimiliki oleh Allahyarham dan juga kerajaan negeri,” katanya seperti yang dipetik dalam http://www.harakahdaily.net, hari ini. - UTUSAN ONLINE