Hishammuddin
Hishammuddin

Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut juga perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan di peringkat kabinet.

"Kita perlu membincangkan perkara ini dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan dan ekonomi. Untuk itu, kita perlu mendapatkan pandangan kementerian berkaitan seperti Wisma Putra, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mindef dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Setelah memperolehi pandangan pihak-pihak berkenaan, Insyallah kita dapat membuat keputusan dengan mengambil kira apa jua kebimbangan yang mungkin timbul," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, isu pembukaan pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis Timur  juga dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang. - UTUSAN ONLINE.