WEE KA SIONG

Menurut Guan Eng, beliau tidak mahu merendahkan martabat jawatan Setiausaha Agung DAP yang disandang­nya dengan menyahut cabaran debat oleh pemimpin nombor dua MCA.

Jelasnya, tawaran debat seharusnya sepadan dengan jawatan yang dipegang, bukannya secara suka-suka atau sembarangan orang.

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG

Sehubungan itu, tambahnya, tawaran debat daripada MCA sepatutnya dibuat oleh pemimpin utama parti tersebut iaitu Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum boleh dipertimbangkan secara serius oleh pihaknya.

“Nombor satu mesti lawan nombor satu, barulah patut. Kalau begini saya juga boleh cabar Perdana Menteri untuk berbahas.

“Sedangkan yang sepatutnya berbahas dengan Datuk Seri Najib Tun Razak ialah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Hormatlah jawatan masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri beberapa kali mencabar Guan Eng untuk berbahas mengenai projek terowong dasar laut yang mencetuskan kontroversi dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM).

Projek bernilai lebih RM6 bilion itu disiasat berikutan kos kajian keboleh­laksanaan yang didakwa terlalu tinggi selain skandal penyelewengan yang didakwa melibatkan syarikat kontraktor dan pemaju utamanya.