Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, isu lebih besar yang perlu dilihat dalam tindakan berkenaan adalah kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu keputusan sama ada untuk menerima Hindraf menganggotai Pakatan Harapan perlu dibincangkan dalam kerangka gabungan itu dahulu.

"Nampak sangat tiada kesepakatan dan tindakan Dr. Mahathir itu satu tindakan terdesak. Mungkin dibuat kerana pertimbangan peribadi atau emosi.

" Itu satu petanda bahawa semakin dekat dengan pilihan raya umum, semakin banyak keretakan mereka (Pakatan Harapan),"  katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE