Haim Hilman

Wakil Selangor, Prof. Madya Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, sehubungan itu, pelaksanaan dasar kerajaan untuk membela rakyat B40 perlu dibuat secara holistik dan dapat menyelesaikan setiap masalah yang timbul sehingga mengubah taraf hidup golongan itu ke arah yang lebih baik.

Tegas beliau, dasar-dasar bumiputera yang ada bagaimanapun hanya akan berjaya jika kerajaan melantik individu yang selayak­nya bagi memegang setiap jawatan di dalam agensi-agensi yang mempunyai kepentingan bumiputera.

“Kerajaan ada program NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara), GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan ETP (Program Transformasi Ekonomi) tetapi pelaksanaan mestilah terbaik iaitu meletakkan orang yang sesuai di jawatan yang betul.

“Kita mesti pastikan B40 ini, kita menjuarai mereka, UMNO akan terus di hati rakyat kalau kita membela rakyat kerana kalau kita tinggalkan mereka, murka Allah pasti akan hadir,” katanya ketika perbahasan Usul Ekonomi dalam Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Haim berkata, antara isu yang paling dekat dengan golongan B40 adalah pemilikan rumah, justeru kerajaan perlu mencari jalan untuk memastikan mereka boleh memiliki rumah meskipun dengan pendapatan ha­nya pada tahap minimum RM900.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan dicadang menggazetkan tanah-tanah bumiputera di bandar dan pinggir bandar untuk diba­ngunkan projek perumahan yang mampu dimiliki setiap bumiputera.

“Susunkan kembali agensi kerajaan seperti UDA Holdings (UDA Holdings Berhad) SPNB (Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad), kerangkakan dan pastikan rakyat berpendapatan RM900 mampu beli rumah, setiap rakyat ini mahu mempunyai rumah,” katanya.