Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, ini kerana mengikut undang-undang, tanah kurnia berkenaan perlu dibangunkan dalam tempoh dua tahun.

Katanya, namun sehingga kini pembangunan di tanah tersebut masih belum siap dilaksanakan.

“Tanah kurnia ini juga tidak boleh dijual, dicagar, digadai, dipajak atau dipindah milik dengan apa cara sekali pun.

“Jadi kenyataan Maulizan bahawa UMNO Bahagian Tebrau telah menyerahkan tanah tersebut kepada pemaju ibarat pecah lubang sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bendera Negeri kepada Kontinjen Johor Darul Ta’zim ke Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Savannah Hill, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE