Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, gabungan jentera yang dikemudikan Wanita UMNO itu akan membakar dan memastikan dapat mengembalikan sokongan rakyat lebih kuat kepada BN sekali gus memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak lama lagi.

“JR Plus dilahirkan untuk memperkasakan jalinan lebih besar jentera politik raksasa demi kemenangan BN.

“JR Plus akan terus mengusahakan penyampaian maklumat dan isu semasa serta polisi kerajaan, menjadi mata telinga rakyat. Kita seperti unit ketenteraan politik paling besar bukan hanya UMNO dan BN tetapi seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran JR Plus yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE