Pengerusi JPP, Datuk Rashid Din berkata, ekoran daripada itu, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan lanjut berkaitan perkara berkenaan.

Ujarnya, JPP PKR tidak boleh mengambil tindakan hanya berdasarkan kepada sumber ceramah sahaja.

“Setakat ini kita belum terima apa-apa aduan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa ahli parti itu ditawarkan wang tunai RM100 bagi setiap undi untuk calon tertentu dalam pemilihan PKR.

Calon Timbalan Presiden PKR itu berkata, perbuatan itu didakwa berlaku dalam pemilihan yang telah diadakan di enam negeri sejak 20 September lalu. – UTUSAN ONLINE