Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua ahli dan kepemimpinan tertinggi UMNO perlu bersikap ‘tasawuf’ iaitu terus berada di landasan, terutamanya apabila parti terbesar orang Melayu itu kini menjadi pembangkang.

“Bagi saya janganlah pijak kepala seseorang apabila tengkuknya telah berada di paras pinggang.

“Dalam keadaan itu, kita harus mempunyai kaedah tasawuf. Biarpun kita tidak bersetuju dalam beberapa langkah yang dilakukan seseorang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan terbuka Johari yang juga Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa yang mengatakan tindakan Najib turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis baru-baru ini menjadi punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di kerusi tersebut. - UTUSAN ONLINE