Menurut beliau, kesediaan itu berlandaskan hubungannya dengan Anwar yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti, Ahad lalu.

“Saya sayang Anwar. Beliau seperti abang kandung saya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Ketika ditanya kenapa bukan isteri dan Anwar iaitu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah yang bertindak mengosongkan kerusi tersebut, beliau menjelaskan: “Itu yang membuatkan saya berbeza dengan orang lain.”

Pada masa sama, Johari memberitahu, Anwar dijangka bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Petani tahun ini, bergantung kepada tahap kesihatannya.

“Beliau baharu habis pembedahan, beri beliau sikit masa untuk sembuh,” katanya. - UTUSAN ONLINE