Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jelajah Penerangan UMNO Kedah, Perlis berjaya dengar 'suara' rakyat - Annuar Musa

ANNUAR SUARA
ANNUAR Musa (kanan) mendengar keluhan pemandu kereta sewa dan teksi ketika Siri Jelajah Penerangan UMNO di Stesen Teksi Kangar, Perlis, hari ini.-UTUSAN ONLINE

KANGAR 12 Mac - Siri Ketiga Jelajah Penerangan UMNO bermula pada Jumaat lalu di Kedah dan berakhir negeri ini hari ini, disifatkan sebagai berjaya mendekati dan mendengar 'suara' rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sepanjang tempoh itu walaupun singkat tetapi masa beliau tidak sia-sia kerana memperoleh pelbagai maklumat daripada segenap lapisan masyarakat di akar umbi.


“Saya berjumpa dengan semua orang di pasar-pasar, stesen perkhidmatan awam dan berjumpa orang lama serta belia, kita dapat maklum balas yang macam-macam.


“Sebagai mengetuai jentera Penerangan UMNO, perkara ini penting supaya penjelasan kita kepada rakyat tidak bersifat syok sendiri,” katanya selepas bertemu pemandu-pemandu teksi bagi mendengar ‘suara’ mereka di pusat bandar ini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain