Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, kunci utama untuk merealisasikan perkara itu adalah tahap jati diri para ahli yang perlu terus dipupuk dan dipelihara.

“Perkasa pada hari ini sudah menjangkau usia 10 tahun iaitu satu jangka masa yang sudah mencapai tahap matang sebagai sebuah NGO Melayu berpengaruh.

“Jati diri sebagai seorang Melayu perlu kita perkukuhkan dalam diri setiap ahli dan pemimpin Perkasa demi kelestarian perjuangan memartabatkan ‘alif ba ta’,” ujarnya kepada Utusan Malaysia di Kursus Kepimpinan dan Patriotisme Bangsa di Kem Asia Kuala Kubu Bharu, dekat sini hari ini.

Kursus yang dijalankan selama tiga hari itu berjaya mengumpulkan kira-kira 400 pemimpin Perkasa dari seluruh pelosok tanah air. - UTUSAN ONLINE