Janji Pakatan Harapan tidak berpijak di bumi nyata
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Malah Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sikap tersebut lebih terserlah dengan pelbagai masalah termasuk dalam memutuskan perkara berkaitan kepentingan dan kebajikan rakyat sehingga menabur janji yang tidak munasabah.

“Kadang kala tindakan mereka juga bertentangan dengan apa yang dilakukan.Sebagai contoh jika sebelum ini mereka menentang pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tapi semalam di Parlimen pembangkang kata ia bagus dan patut diperluaskan pula.

“Jadi kita boleh lihat bagaimana sikap mereka ini sudah tentu akan menjanjikan bulan dan bintang dalam manifesto mereka yang akan dibentangkan malam ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena Sambutan Hari Mara Ke-52 Tahun di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE