Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, sekiranya janji itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya sudah memadai jika dua pertiga daripadanya ditunaikan.

“Selamat hari lahir kepada Dr. Mahathir, semoga Allah memberkati beliau.

“Harapan kami sebagai rakyat ialah Dr. Mahathir menunaikan janji 100 hari manifesto Pakatan Harapan, kalau tidak semua dua pertiga daripadanya pun ok,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Antara 10 janji 100 hari Pakatan Harapan ialah menghapuskan hutang peneroka Felda, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah, menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.

Menurut Abdul Rahman rakyat semestinya berhak menuntut yang terbaik daripada tawaran yang telah dikemukakan kerajaan Pakatan Harapan itu. - UTUSAN ONLINE